Thursday, July 22, 2010

++Ko layak digelar binatang++

Hamik ko tajuk entry aku tu, jangan main2...ok pagi nie before naik opis aku singgah 7E bli newspaper metro...cover page bapa jahiliah, then aku baca aku rase cam ape ke bangang la jantan nie, xde teloq agaknya....nape aku cakap camtu??? coz dia benci dapat anak perempuan then boleh plak dia terajang anak dia yg berusia 5 bulan tu...WT* !!!
laki nie memang pyscho since wife dia pregnant lagi...alo beb, jantina anak bukan bini ko yang tentukan, ape kejadahnya ko leh nak pukul2 bini ko biler ko dapat tau bakal anak ko tu pompuan....klu ko bunuh sekali pon bini ko time tu xdenye anak dalam kandungan bini ko leh bertukar jadi lelaki...akai ada ka?? otak letak kat lutut agaknya...
aku tak faham la camne dia leh tergamak nak sepak teranjang budak sekecik 5bulan tu, ko memang bangang tahap gaban la....bukan setakat terajang jek, ko siap tampar n tumbuk dia...meh cni aku tumbuk ko camno rasenye....
kredit to newpaper harian metro
Ampang - Bagai hidup zaman jahilliah, seorang bapa tergamak mengasari isterinya disebabkan kecewa wanita itu melahirkan bayi perempuan yang juga anak sulung hasil perkongsian hidup mereka. Sejak isterinya hamil dan diberitahu doktor anak dalam kandungannya dijangka prempuan, lelaki terbabit sering memukul isterinya. Lebih menyedihkan, selepas bayi perempuan itu dilahirkan, dia yang menjadi mangsa perbuatan zalim bapanya dan perbuatan itu berterusan sehingga usianya kini lima bulan.
Dalam kejadian terbaru, dua beranak itu diperlakukan dengan kejam apabila lelaki terbabit memukul bayi dan isterinya selain turut mengurung wanita berkenaan apabila mangsa cuba melarikan diri. Menurut sumber polis, kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi, 7 Julai lalu apabila mangsa yang berusia 20-an ketika itu berada di rumah manakala suaminya yang bekerja sebagai pengutip barang lusuh baru pulang.
"Sebaik tiba di rumah, lelaki terbabit tiba-tiba menghampiri bayi perempuan mereka dan dalam keadaan naik angin dia melepaskan tendangan ke arah bayi itu yang berada dalam buaian. "Bayi berusia lima bulan itu diperlakukan dengan kejam apabila dia bukan saja ditendang, malah turut ditumbuk dan ditampar bapanya sehingga cedera di badan dan mata" katanya.
Sumber itu berkata, sambil membebel ke arah isterinya, lelaki terbabit terus menerus memukul, menumbuk dan menampar bayi berkenaan walaupun cuba dihalang wanita berkenaan. "Lelaki terbabit turut mengatakan rasa tidak puas hati dan mendoakan supaya bayi berkenaan mati selain mempersoalkan isterinya mengapa tidak melahirkan bayi lelaki, " katanya.
Sumber berkenaan berkata, isterinya yang tidak tahan perangai lelaki terbabit menghalang suaminya dan cuba melarikan diri bersama bayi mereka ke rumah ibunya yang tdak jauh dari situ. "Bagaimanapun, tindakan wanita berkenaan mengundang kemarahan suaminya apila dia sekali lagi mengamuk. lelaki itu memukul dan menumbuk isterinya tanpa belas kasihan dan mengurung wanita berkenaan serta bayinya selama tiga hari dalam rumah bagi mengelak da beranak ini melarikan diri." katanya.
Menurutnya, bagaimanapun dia beranak berkenaan dapat melepaskan diri selepas lelaki terbabit keluar bekerja dan terlupa mengunci pintu rumah. Ketika dihubungi Harian Metro, wanita itu yang meminta namanya dirahsiakan berkata, kekejaman suami ditanggungnya sejak hamil dan dia kurang pasti kenapa suaminya benci serta marah apabila dia melahirkan anak perempuan.
"Apapun saya bersyukur kerana suami terlupa mengunci pintu rumah. Jadi, saya dan bayi saya dapat melarikan diri ke rumah ibu yang tidak jauh daripada rumah kami." katanya. Menurutnya, akibat kejadian itu, dia membuat laporan polis dan membawa bayinya mendapatkan rawatan di Hospital Ampang.
"Anak saya cedera di beberapa bahagian badan dan ditempatkan dalam wad Hospital Ampang selama empat hari"' katanya sambil memberitahu suaminya tidak pulang ke rumha sejak kejadian itu. Sementara itu. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa. Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan lanjut dan menjejaki lelaki terbabit yang dipercaya sudah melarikan diri.

2 comments:

  1. sekarang teruk...macam2 peel org ada...dah kurang nilai kemanusiaan memasing..

    ReplyDelete
  2. tula psl...nilai kemanusian sesame insan lain ok lg la ni sesame darah daging sendri leh wat camtu, pastu baby plak tu...agak berangin aku bler baca (emo)

    ReplyDelete