Monday, March 28, 2011

++Segmen : GEGAR BLOGGER BARU !++

Kali nie BA buat segmen gegar blog lagi....yeyey haruslah join kan...blog mak kan baru, follower pon alahai...tapi tetap bersyukur tau walaupun sikit  dan sekadar blog picisan masih ade yang sudi nak jadi follower mak okey...


 
 
Kenapa pilih gambar nie???

Hah korang tengok tul2 kat kertas tuh tulis ape...DEN ASHAARI kan hehehe...patutnya BEN ASHAARI...memula aku tengok memang bantai gelak tak hengat la...rase kelako...memang klako...camno la leh jadi camtu...

kenapa jadi blogger???

asyik baca blog orang jek, sesekali rase tringin gak nak ade blog sendiri...pastu mase tuh dah ade anak n siap berangan nak abadikan setiap detik apa yang anak buat...tapi bak kata husben hangat2 taik ayam sajo...so sahut cabaran husben, bukan setakat update pasal anak jek siap promote pasal bisnes plak...BA doakan ye bisnes saye berjaya (^_^)...

Blog yang menjadi pilihan harian???

- tentulah blog BA sendiri kan *tak bodek*
- blog kak di...best2..sempoi
- blog omak si acihs nie, filla...pon best...

so klu korang berminat nak join segmen nih sempat lagi nih...tarikh waktu tutup 12 mlm nie....

daaaaa....

Friday, March 11, 2011

++Terapi diri++

Alhamdullilah, bonus my bizz dah dapat hari rabu lepas...so ape lagi, simpan separuh lagi separuh kite lenjan hehehe

semalam sya EL coz kesihatan tak berapa mengizinkan tapi petang tu tetiba cam sihat walafiat plak...hapakah???? so sementara nak amik si budak macham kat nursery tu sya pi la ronda2 seksyen 7, kan macam2 ado...tetiba terperasan ade butik Hajra plak sebelah Jakel...baru buka kah??? yang sya tau kat jalan TAR jek ado huhuhu...nampak sangatla ko ketinggalan zaman sya oiiiii....

so alang2 dah sampai jangan dilepaskan peluang...rugi rugi hehehe...tapi asal kedai nie kecik cenonet jek..tak banyak pilihan sangat...eh bersyukur tau kedai nie kecik, klu beso tak taula bape banyak shawl ko nak rembat sya!!! yola yola...

hasil membeli n membelah poket

3 shawls jek...memang murahla compare dengan arzu...cuma tak banyak pilihan or design yang pelik2 jek cam arzu...

pastu kat hajra nie ko beli la banyak or mahal mana sekali pon harga tudung ko tuh memang dia bagi plastik biase2 jek cam sya nie...camno sya tau??? coz mase sya nak bayo ade makcik nie beli banyak, cam borong pon ade gak, then mase nak packing tudung tu makcik ni tanye cashier 

makcik: eh plastik biase jek, xde paper beg ker, saye beli banyak nie

cashier : paper beg utk display je...semo orang beli memang kami bagi beg plastik nih

makcik: klu camtu baik makcik beli kat ariani jek, beli sehelai pon dapat paper beg gak

cashir: *muka sentap*

aku tahap gelak dalam hati...kembang kempis idung dok tahan gelak...kelako la makcik nie...tak tau pon kat hajra camni...or hajra seksyen 7 je kot

aku rase makcik nie confirm tobat nak shopping kat sini dah hahaha

Wednesday, March 9, 2011

++H.A.M.P.E.H++

Status internet kat opis ari nie memang cam haremmmmmm...
Benci tul....
Emel outlook pon lagila ke laut....
Dah dua ari berturut2 aku tak terima email pon...hapakah....
Semalam opis dok blackout jek....
Ari nie tak mau blackout lagi kah?????
Hahahaha

- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, March 4, 2011

++Aku dan tudung++

Sya akui sya memang baru je bertudung, selama nie memang on-off...cam mase belajar dulu time kelas jek pakai pastu abis kelas tudung pon melayang...pastu time keje private lagila, togel terus...ish ish ish...

pas kawin pon same, togel gak...klu balik kampung blah husben baru ayu berlitup tutup. *hipokrit*...so lame2 tu dok pikir sampai biler nak camni kan...anak dah makin membesar...tak kan nak tunjukkan perangai yang tak senonoh tu...bukannye husben tak pernah tegur tapi dah x larat nak tegur...jawapan sya "tak bersedia"...hehehe blh cenggitu

biler dah dapat keje gomen keinginan nak pakai tudung tu memang dah menebal...kiranya keje gomen nie as platform la untuk berubah sikit...tapi mase tu jap je semangatnya, pastu abis semo melayang...rimas pakai...maklumla mase tu trend tudung bawal jek, takde lagi selendang2 bagai nih...

pastu biler dh trend selendang melanda apelagi bergaya sakan la haku miahahah...borong selendang tak hengat dunia pastu siap jual online lagi...pape pon thanks tu selendang kerana mengubah hidupku*tetiba*

tudung bawal...FREE...sebab husben pemborong tudung bawal mase nie...suci giler muka...hapakah???...no more tudung bawal...tak suka nak pin2 bagai, pastu dengan manik /batu dia yang berat2 n budak kecik nie suka menggesel muka kat tudung...abis melecet muka...sebab tu xnak pakai tudung bawal *alasan*
first time pakai tudung awning...giler ke laut dowh....yang nie husben cakap cam muka bibik...what??? haku jeles biler tengok orang lain pakai tudung express nie cantik n terletak je kat muka dorang...tapi biler tang muka haku ntah pape

 memula mase trend pakai inner dengan selendang...i loikeee!!!!

inner & pashmina...giler panas n rimas...memang dah tak pakai...rimas dengan rambu ramba kat tepi tuh

tudung syria...pon haku suka gak...agak2 meroyan rajin tepek la 2 inner sekaligus

 cotton shawl...lagi suka...abaikan ye muka xsemegah mana tu

katekan peace untuk selendang...senang nak pakai...tak payah nak pin2 bagai...ribut taufan melanda tetap camtu gak ghupenye...yang penting tak yah nak wat mimik muka tiup2 tudung coz terkelepet :P...lagi best klu selendang jenis renyok2 tu, confirm tak payah iron...mak budak cam haku nie memang tak sempat la nak iron2 bagai nie hehehe


tapi rasenye dalam banyak2 pic kat atas nie memang takle lawan la dengan sorang nie klu pakai tudung... 
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
model terbaru untuk tudung....


 *omak dia yang patut bertanggungjawab atas semo nie*

++1,086 penjawat awam muflis++

1,086 penjawat awam muflis
bhnews@bharian.com.my
2011/03/03

Kakitangan diisytihar bankrap tak boleh terima pencen, ganjaran

PUTRAJAYA: Jabatan Insolvensi Malaysia merekodkan 1,086 penjawat awam diisytiharkan muflis pada 2009 dan 72.74 peratus atau 790 adalah lelaki.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata masalah itu perlu diatasi segera kerana ia dikhuatiri boleh menjejaskan prestasi mereka sehingga memaksa tindakan tatatertib dikenakan terhadap kakitangan terbabit.
“Penjawat awam nadi penggerak dalam memastikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020 dapat dicapai.

“Saya harap taklimat mengenai muflis oleh jabatan terbabit mampu memberi pendedahan kepada kakitangan awam mengenai kaedah terbaik untuk menangani pelbagai isu berkaitan hutang dan muflis," katanya ketika merasmikan taklimat Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, Akta Kebankrapan 1967 dan Akta Bantuan 1971 guaman kepada ahli Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di sini, semalam.

Taklimat berkenaan anjuran bersama CUEPACS dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri.

Sementara itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman meminta penjawat awam memantau perbelanjaan bulanan masing-masing, selain memastikan tidak membuat pinjaman keterlaluan, bagi mengelak dikenakan perintah muflis oleh mahkamah.
Katanya, perintah muflis boleh menyebabkan mereka kehilangan hak untuk menikmati faedah pencen dan ganjaran lain, sehinggalah perintah itu ditarik balik oleh mahkamah terbabit.

“Kes penjawat awam diisytiharkan muflis boleh dielakkan jika mereka bijak menguruskan kewangan masing-masing.

“Bagaimanapun, kita tidak menolak kemungkinan status bankrap itu diberikan atas kapasiti penjawat awam sebagai penjamin kerana jika peminjam gagal menjelaskan pinjaman, penjawat awam yang memang `laku' sebagai penjamin akan dikenakan perintah bankrap oleh mahkamah," katanya.

Mengikut Akta Pencen 1980, mana-mana penjawat awam tidak boleh menerima pencen, ganjaran dan lain-lain faedah pada tarikh ia bersara daripada perkhidmatan awam jika dihukum bankrap atau diisytiharkan tidak berkemampuan oleh mahkamah sama ada di Malaysia atau lain-lain negara, sehinggalah mereka mendapat pelepasan daripada hukuman itu.

Akta berkenaan juga menetapkan pencen, ganjaran dan lain-lain faedah yang dinikmati selepas bersara juga akan terhenti jika mereka dihukum bankrap oleh mahkamah Malaysia atau lain-lain negara.

Mengulas mengenai taklimat itu, Omar berkata, ia bertujuan memberi pendedahan kepada pemimpin CUEPACS mengenai ketiga-tiga akta berkenaan berikutan pihaknya ada menerima pertanyaan pelbagai isu membabitkan akta terbabit.

“Taklimat hari ini adalah bagi pemimpin CUEPACS di sekitar Lembah Klang dan sesi yang sama akan diadakan secara berperingkat di setiap zon iaitu utara, selatan dan pantai timur tidak lama lagi, " katanya.

source here


"THE CHOICE IN YOUR HAND"

Thursday, March 3, 2011

++Bloglist Anastasyea Bulan Mac 2011++

Baru pas terjah blog cik anastasyea, rupanye dia buat lagi segmen Bloglist Anatasyea tapi untuk bulan Mac 2011...sib baik sempat lagi coz tarikh tutup penyertaan 3 Mac 2011(arinie last day ye)...

untuk sesape yang berminat masih sempat lagi nie...

antara syarat2nya ialah:-

1. buatkan satu post pasal segmen ini dengan tajuk 'Bloglist Anastasyea Bulan Mac 2011' Kemudian masukkan sekali gambar header kat atas tu.

2. Create satu link ke blog anastasyea nie

3. Pastikan anda meletak link blog ini diexchange link ataupun bloglist blog anda. Kalau tiada .. maka secara automatik .. penyertaan anda digugurkan! Segmen ini terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.

4. jangan lupa tinggalkan link penyertaan anda di blog anastasyea ye untuk memudahkan membuat semakan
 
 untuk maklumat lanjut sila lawat sini :)

Wednesday, March 2, 2011

++Aku bosan++

Rse cam dh thp maksimum...xle nak tanggung2 lg...sekian....


- Posted using BlogPress from my iPad