Monday, March 31, 2014

++OOTD ke nursery++

Amboi nak ke nursery je pong, nak ber'OOTD' bagai gak ker hahaha...ok nie ootd hari jumaat lepas pi nursery...saje je mummy buang tebiat hari jumaat pakaikan rayyan raiqa baju kurung/melayu...baju rayyan 2 tahun lepas punyer masih muat lagi, seluar je mummy bukak balik jahitan sembat...raiqa pakai baju raya tahun lepas...lagi sikit je dik, mummy gerenti pasni confirm tak muat dah hahaha...

asal takde perasaan nie raiqa zehra oiii...abang rayyan cam biasela, kalau suh bergambo n berposing cam tak ikhlas gitu...makin beso makin tak suke bergambo...

tegak semacam ye dik...ok tetiba mummy rase nak borong lagi baju kurung untuk raiqa, pakai saje2 wat pi nursery...boleh?? hehehe

Tuesday, March 25, 2014

++Anak hyperaktif++

rayyan hyperaktif kah??
 
sya tak pasti samada rayyan hyperaktif atau memang nie sikap normal budak2 lelaki sebaya umur dengan dia...
 
antara artikel yang jumpe pasal hyperaktif nie:-


KANAK-KANAK lasak yang sukar duduk diam dan tidak mengikut arahan ibu bapa sering dilabelkan sebagai nakal. Mungkin ibu bapa akan pening kepala memikir bagaimana caranya menangani anak-anak yang terlalu aktif ini. Kebanyakan ibu bapa menganggap masalah ini akan beransur hilang seiring peningkatan usia mereka tanpa melakukan apa-apa.

Di sebalik kenakalan itu, kemungkinan besar tersembunyi masalah yang perlu dirujuk kepada pakar perubatan. Mereka mungkin berada dalam kelompok kanak-kanak hiperaktif atau mengalami gangguan kecelaruan tumpuan dan kelasakan (ADHD)

Ia merupakan satu masalah tidak normal pada bahagian otak yang membuatkan kanak-kanak itu bersikap aktif sejak lahir, berkelakuan mengikut gerak hati, perhatian mudah berubah serta sukar mengasingkan maklumat.

Mengenali kanak-kanak hiperaktif dan memahami langkah menghadapi kesukaran sepanjang mengurus mereka akan membantu ibu bapa menyelesaikan masalah dengan baik.
Menurut Perunding Psikiatrik Kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Subash Kumar Pillai, ADHD sukar dikesan dan ia tidak mudah didiagnosis disebabkan tiada simptom boleh dilihat seperti penyakit-penyakit lain namun tahap kenakalan kanak-kanak berkenaan berbeza dengan rakan seusia.

Katanya, kebanyakan anak kecil yang mengalami masalah ini hanya dirujuk kepada pakar selepas usia enam hingga sembilan tahun.

"Bukan mudah untuk diagnosis tanda masalah kerana dari mata kasar, kanak-kanak ADHD sama seperti rakan-rakan seusia yang lain. Pada usia itu mereka mula lasak dan nakal disebabkan rasa ingin tahu sesuatu yang baru.

"Perbezaan antara ADHD dengan nakal ialah tahap tingkah laku. Kanak-kanak nakal akan mendengar cakap tetapi bukan anak kecil yang mengalami ADHD. Mereka tidak mahu mendengar arahan atau belajar daripada kesilapan. Dia akan terus melakukan kesilapan berulang kali.

"Jika anda meletakkan 10 budak nakal dan 10 kanak-kanak ADHD dalam satu kumpulan, anda masih tidak nampak kelainan. Cuma nakal biasa, mereka masih tidak boleh dikawal manakala ADHD amat susah dikendalikan sehinggakan kita menyangka mereka menghadapi masalah tingkah laku,'' ujarnya melalui laman web www.jomlayan.com.

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 1996 mendapati 333,000 kanak-kanak atau 4.3 peratus mengalami masalah ADHD. 

Jika tidak diberi rawatan lebih awal, 60 peratus daripada individu ini akan membesar sebagai orang dewasa bermasalah sehingga mendorong melakukan perkara yang menyalahi undang-undang.

Disebabkan ADHD mempengaruhi genetik, seseorang bapa boleh mewariskan sindrom ini kepada anak lelaki mereka. Keadaan ini juga menjadikan kanak-kanak lebih cenderung mengalami ADHD sebanyak tiga kali ganda berbanding budak perempuan.

Katanya, masalah ini boleh dipanggil penyakit yang tidak nampak kerana secara realiti, mereka sihat malah kebanyakan mempunyai tahap setara individu biasa dan lebih menakjubkan sebilangan besar mempunyai kebolehan serta bakat seni luar biasa.

''Kanak-kanak ini sebenarnya tidak sakit. Mereka hanya mengalami ketidakseimbangan sistem neuro di dalam otak menjadikan mereka sukar mengawal diri. Penyakit ini juga bukan berpunca daripada pemakanan, pengambilan gula berlebihan, alahan atau terpengaruh dengan televisyen.

''Hakikatnya semua bayi dilahirkan ke dunia ini mempunyai kebolehan untuk belajar, tetapi terpulang kepada ibubapa untuk mencorakkannya. Kurang pengetahuan atau tidak tahu masalah anak menyebabkan sesetengah kanak-kanak ini terbiar tanpa sebarang rawatan,'' katanya.

Katanya, ADHD perlu dirawat segera sebaik disedari kerana ia menyebabkan beberapa masalah sampingan seperti perasaan rendah diri, kurang yakin dan lemah pencapaian akademik.

"Dalam situasi ini, ibu bapa seharusnya tidak kecewa jika anak mereka didapati mengalami masalah ini, bawalah mereka bertemu pakar supaya tingkahlaku ini tidak terbawa-bawa ke alam dewasa. mereka masih berpotensi menjalani hidup normal seperti individu lain,'' katanya.

Di bawah ini, disenaraikan beberapa tip yang boleh digunapakai oleh ibu bapa sebagai panduan. Ia turut diperjelaskan menerusi laman web www.sabda.org.

*Jangan menghukum kanak-kanak hiperaktif dengan memukul mereka. Ini kerana, kanak-kanak hiperaktif telah dilahirkan sedemikian dan mereka akan melalui fasa perubahan seperti kanak-kanak normal.
*Jangan sesekali melabel anak hiperaktif sebagai anak yang nakal, malas atau bodoh kerana akhirnya mereka akan bersikap seperti apa yang anda *abelkan.
*Dalam melatih atau mengajar kanak-kanak hiperaktif, jangan sesekali merasa bosan. Ini kerana, lama kelamaan kanak-kanak ini akan dapat menguasai apa yang anda ajarkan.
*Jika kanak-kanak hiperaktif bertindak mencederakan diri dan orang lain, segera bertindak dengan menasihati atau memarahi mereka. Jika perkara tersebut berulang, minta pandangan doktor atau pakar terapi mengenai cara menanganinya.
*Perbanyakkan berkomunikasi dengan kanak-kanak hiperaktif. Ini kerana, komunikasi yang bagus bakal menjadikan kanak-kanak tersebut lebih kreatif dan idealisme.
*Sentiasa fokus dan berwaspada dengan segala tindakan kanak-kanak hiperaktif yang mungkin boleh mencederakan diri atau orang lain.
*Ajar disiplin pada kanak-kanak hiperaktif agar pada masa hadapan, mereka dapat mengaturkan hidup dengan baik.
 
Untuk kes rayyan plak, boleh dikatakan 80% dia dengar cakap kami...lagi 20% ikut keadaan tapi biasenye dia dengar dan buatla ape yang kami suruh dengan syarat ade hanger/rotan kat tangan...bukan untuk pukul ye, tapi untuk acah2 kan dia huhuhu....

memang diakui rayyan bukanlah budak yang boleh duduk diam...ada je benda nak buat, tak kisahlah ape pon yang penting tak duk setempat...sekolah pon ade bagitau kami yang rayyan memang tak boleh duk diam dalam kelas, mesti mundar mandir panjat sane sini, kuar masuk kuar masuk ikut suke hati dia, pastu tak boleh ikut peraturan...contohnye suh beratur, tak sampai 10 saat berdiri dalam barisan dia dah hilang dah...tak boleh nak bagi komitmen gittew
 
tapi yang bagusnya abang rayyan (of coursela puji melambung anak sendiri), dia start pandai baca ABC since umur 2 tahun lebih lagi malah mase umur 3 tahun lebih dia dah boleh recognize satu-satu huruf yang mana A yang mana B dan seterusnya...untuk sekarang nie plak rayyan boleh bagi details lagi bagi setiap huruf cam A is for aeroplane, A is for apple, A is for ant sampaila ke Z...dah hafal surah Al-Fatihah, selawat...

walaupun tak berape fokus dalam kelas, cikgu puji dia...kalau tanye pasal ABC nie semo dia boleh jawab malah lagi terror dari yang duduk dalam kelas...ok fine...at least mummy rase lega la dengan pujian tuh kan...

sebulan yang pertama rayyan sekolah, cikgu susah nak handle dia, hinggalah satu hari cikgu terdengar rayyan nyanyi lagu incy wincy spider...sib baik cikgu nie bijak handle budak, cikgu pi lukis spider kat whiteboard n suprise2....rayyan memang duduk diam dalam kelas...semate2 lukisan spider punyer pasal??? ppfffttttttt sabo jela mummy nak oiiii... 
 
disebabkan lukisan spider membawa impak yang besar untuk rayyan, makanya setiap helai buku exercise rayyan cikgu lukiskan spider supaya rayyan fokus hewhewhew...thanks cikgu sebab susah payah..yelaaa yuran sekolah mahal kan ;p

bulan 5 nie rayyan ade appoinment dengan 'pakar hyperaktif'...just wait n see jela camne nanti...

Monday, March 24, 2014

++Aktiviti di hujung minggu++

Aktiviti mengisi mase lapang sempena hari minggu...hari sabtu dah sakan berjalan, tapi idokla jalan jejauh pon just pi survey keta untuk makteh rayyanraiqa...pastu malam papa nak tengok bola, maklumla team paberet TRW gittew...

so petang ahad tu kitorg lepak kat padang shah alam, kalau lepak kat shopping kompleks kang bocor banyak plak poket nih hahaha...

meh layan pic meh...

hah sape kate pi padang nie jimat duit, melayang gakla beli menatang bubble nih...dah tu bile anak orang lain dok main2 si rayyan nie plak dok ngejo, tak sampai ati rase terus papa belikan hahaha...spoloh hengget je pong...sib baik bola memang sentiasa ada dalam keta, kalau tak bola pon memang beli jugekla...kat sini memang ade orang jual bola, bubble, air la, layang2 tak pernah tengok lagi...

usha line nampak dik oiii...hahaha...tapi sayangnya si teruna tak layan pon hahaha...tensen yek...mummy suh kick bola, dia pi amik pastu kejar si teruna nie...sabo jela hahaha...


yang nie lagi la...makin besar makin susah nak bergambo...memang lari sokmo...kalau tak lari pon amik gambo cam tak ikhlas...pastu wat muke terpaksa...ce sebut nak belikan angry birds, sanggup peluk kite takmo renggang terus selagi tak beli hahaha....bodek lettew...

tapi yang tak boleh blah....

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^


  hahhhhh...kantoi dik...amboi2 kemain lagi yek...ingat mummy tak nampak ;p

Friday, March 21, 2014

++Makan-makan di Padi House Putrajaya++

Kali nie kite makan-makan di Padi House sempena celebrate birthday opismate sya...seri kembangan ke putrajaya bukannye jauh sangat kan...harga makanan pon memang sesangat la berpatutan harganye, tempat pun best, tak crowded...

jom layan....

 motif amik pic menu...ahakss...layan jela labuuuuu

jangan ditanya apekenamenye....tengok pic jela ek...lupe sudey...tetiba rase terliur plak hahaha hapakah




birthday girl yang pakai tudung kaler mustard tu, yang lain tuh 'nasi tambah' je...over mengalahkan birthday girl...nie geng jemah...best dorang nih, kepala otak giler2, walaupun mak orang n memasing umur pon dah lanjut (muahahaha) tapi perangai cam budak2...terencat...ade lagi sorang, ketua geng jemah kitorg panggil 'mak' hehehe...dia 'pemalu' so dia tukang tangkap gambo ;p

nie nachos cheese kot namanye...memang sedap...kalau wat sendiri boleh kot, beli nachos pastu tabur mozarella cheese n bakar jap...makanla sampai kembung

tapi yang terbaik ni dia...macadamia cheese cake...sedap nak mati oiiiii...tak cukup sebijik share 5 orang hahaha...memang terbahek...

overall, sya bagi 4/5 bintang...


p/s - rase nak meroyan plak tengok pic2 nie...huwaaaa...lapooooo