Friday, August 3, 2012

++Biler terlebih rajin++

 malam tadi papa kene siapkan keje dia kat luar
so tinggallah sya dengan rayyan
tetiba rase cam rajin plak nak baking membaking
sebab kebetulan petang semalam pas balik keje singgah gi bagus bakery
beli barang2 nak wat kuih untuk bawak balik johor malam nanti

belek2 resepi tengok muffin nih cam senang jek nak wat
bahan2 pon semo ade so operasi pon bermula
resepi nie sya dapat kat sini
Muffin Coklat (leh dapat dalam 10 biji kalau guna cup saiz M)
200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
606 tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

cara-cara:-

1. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" . Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
 
2. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).

3. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
4. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
 
5. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.

6. Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.

hasilnya....jeng jeng jeng

muffin angry bird... 
saje je guna cup nih sebab nak tarik perhatian rayyan
muffin nie memang sedap
rase lembut jek n tak muak
yang penting rayyan sorang saje dah makan 2 ketul
kembang omak ko sat :p

tapi kalau muffin nih naik membuak sikit mesti nampak cantik
nie nampak tenggelam plak huhu
takpe nie baru cubaan pertama pasni leh wat lagi *kalau rajin*

tapi sebelum wat muffin nie tekak rase mengade2 plak
teringin nak makan kuih bangkit
hapakah???
ntahla, tetiba jek rase nak makan
dah terbayang2 masa kat opis semalam
terus sms papa cakap belikan kuih bangkit
gigih papa jalan kaki dari opis ke pkns hekhekhek
 
murah sajo
satu bekas 15 hengget
rase...bolehla
ingatkan sya je yang makan
sekali tengok si kecik nih kemain lagi lepas seketul seketul dia makan
suka yek makan kuih nih
malangnye omak ko memang tak pandai langsung nak wat
hakhakhak

ok..sekarang adalah mood tak sabo nak balik johor
cepatla masa berlalu.....

No comments:

Post a Comment